Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan diminta salur peruntukan bina Kompleks Sukan Kuala Penyu
Published on: Sunday, October 13, 2024
Published on: Sun, Oct 13, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerajaan diminta salur peruntukan bina Kompleks Sukan Kuala Penyu
LIMUS (tengah) melepaskan peserta acara berbasikal.
KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan melalui kementerian berkaitan diharap dapat menyalurkan peruntukan bagi pembinaan Kompleks Sukan Kuala Penyu yang tertangguh sejak sekian lama.

Wakil rakyatnya, Datuk Limus Jury berkata, walaupun projek itu sudah diluluskan sebelumnya khususnya pada tahun 2019 lalu namun status pelaksanaannya masih ‘kabur’.

Advertisement
“Dulu sudah diluluskan (projek Kompleks Sukan Kuala Penyu) tapi bila (berlaku) pertukaran-pertukaran kerajaan (sebelum ini), pembinaannya tertangguh.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan dari persekutuan dan negeri (pada masa itu) juga telah datang melawat tapak disediakan untuk projek ini dan (namun) saya pun tidak tahu mana salahnya (projek tertangguh),” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Hari Sukan Negara Peringkat Pedalaman Bawah di Dewan Terbuka Syahbandar Makang, di sini pada Sabtu.

Untuk rekod, permohonan pembinaan Kompleks Sukan Kuala Penyu sebelum ini terhalang ekoran isu berkaitan tapak namun masalah itu selesai hingga projek itu diluluskan pada tahun 2019 lalu dengan kos RM16 juta.

Advertisement
Dalam pada itu, Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap Bajet Negara tahun 2025 yang bakal dibentangkan akan turut merangkumi pembangunan kemudahan sukan seumpama itu.

Sehubungan itu katanya, projek berkenaan diharap dapat dilaksanakan pada tahun depan kerana segala keperluan untuk merealisasikannya telah tersedia sekaligus memenuhi aspirasi rakyat di kawasan ini.

Advertisement
“Saya harap pada tahun depan Kompleks Sukan Kuala Penyu ini dapat dibangunkan dan diberi peruntukan dalam Bajet Negara yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here