Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 400 murid SK Mostyn sertai Karnival Kerjaya, Hari Kanak-kanak
Published on: Sunday, October 13, 2024
Published on: Sun, Oct 13, 2024
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Lebih 400 murid SK Mostyn sertai Karnival Kerjaya, Hari Kanak-kanak
Program itu juga berobjektif melahirkan murid celik minda terhadap perkembangan bidang kerjaya masa kini, yang mana murid-murid ini nanti apabila melangkah ke alam dewasa, selepas tamat persekolahan dan pengajian mereka, adalah golongan perintis kepada kemajuan dan pembangunan negara.
KUNAK: Lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn menyertai Karnival Kerjaya Program Guru Penyayang & Hari Kanak-kanak peringkat sekolah tersebut yang diadakan di sini, Sabtu.

Penyertaan itu melibatkan murid dari kelas prasekolah, kelas pendidikan khas, dan tahun satu hingga tahun enam. Di majlis itu, murid-murid memperagakan pakaian tema kerjaya mengikut pilihan mereka.

Advertisement
Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Abbas Adul yang mewakili Guru Besar SK Mostyn, Saripa Halid berkata, program itu antara lain bermatlamat untuk mendedahkan murid-murid di peringkat sekolah rendah kepada pengetahuan tentang diri dan kaitannya dengan kerjaya apabila sudah mencapai alam dewasa.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here