SANDAKAN: Seramai 308 guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) diiktiraf dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dengan 89 pesara dan 187 pekerja contoh diberi penghormatan pada majlis anugerah khas diadakan di SJKC Chi Hwa di Sandakan.
Majlis turut disertai pelancaran Lagu Kebangsaan PPD Sandakan dan buku panduan pentaksiran bilik darjah itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Nurani Fauziah Derin yang mewakili Pengarah Datuk Raisin Saidin.
Majlis dikenali sebagai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan ‘Jasamu Dikenang’ itu bertujuan untuk mengiktiraf kerja keras dan dedikasi warga pendidikan di daerah ini.
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Munah Nasri.
Advertisement





