Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tabung Pendidikan Negeri Sabah belanja RM8 juta bantu lebih 8,000 pelajar Sabah
Published on: Wednesday, November 06, 2024
Published on: Wed, Nov 06, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tabung Pendidikan Negeri Sabah belanja RM8 juta bantu lebih 8,000 pelajar Sabah
ARIFFIN (berdiri belakang, lapan dari kiri) dan Ghulam (berdiri belakang, sembilan dari kiri) bersama penerima bantuan pendidikan TPNS di majlis itu.
Kota Kinabalu: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) membelanjakan kira-kira RM8 juta setakat ini bagi membiayai pendidikan lebih lapan ribu pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Datuk Dr Ariffin Arif berkata, semua ‘anak-anak Sabah’ terdiri daripada golongan B40 dan miskin itu melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam dan luar negara.

Advertisement
“Untuk hari ini saja, kita telah meluluskan permohonan seramai 34 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara membabitkan peruntukan kira-kira RM200,000.

“Mesyuarat kali ini adalah siri ke-7 dan selepas ini akan ada beberapa siri lagi mesyuarat dalam masa terdekat bagi meluluskan banyak lagi permohonan anak-anak kita,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan dan Cermin Mata TPNS di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), di sini, Selasa.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dan Timbalan Setiausaha Tetap KSTI, Syahrin Syamsir.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan seramai 4,000 pelajar sekolah telah dikenalpasti bagi bantuan cermin mata TPNS membabitkan kos RM400,000.

Katanya, agihan bantuan akan dilaksanakan dalam dua fasa dan buat permulaan, bantuan disalurkan kepada 2,000 pemohon terdiri daripada pelajar sekolah menengah manakala selebihnya pada tahun depan.

Advertisement
“Buat permulaan, kita akan utamakan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka dapat belajar dengan lebih selesa,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here