Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penjara 6 tahun kerana minta murid rakam, hantar video bogel
Published on: Wednesday, November 27, 2024
Published on: Wed, Nov 27, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penjara 6 tahun kerana minta murid rakam, hantar video bogel
Kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah berusia 50 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas dua pertuduhan meminta seorang murid perempuan membuat video bogel dan menghantar rakaman itu kepadanya untuk tujuan seksual.

Oyot Darisak mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, atas dua pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Oyot dipenjara tiga tahun kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan 11 bulan itu dengan memintanya merakam video berbogel dan menghantar video itu kepadanya jam 10.46 pagi pada 19 Nov ini tahun di sebuah rumah di Kinarut, Papar.

Bagi pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lagi kerana meminta mangsa sama menghantar satu lagi video bogelnya pukul 11 ​​pagi pada 20 Nov tahun ini di tempat yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Oyot menjalani hukuman penjara itu berturut-turut dari tarikh dia ditangkap.

Advertisement
Selepas menjalani hukuman penjara, Oyot diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Semasa mitigasi, Oyot yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan dengan mengatakan ia merupakan kesalahan pertamanya dan dia menyesal dengan perbuatannya.

Advertisement
Dia memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lima anak dan tiga daripada mereka masih bersekolah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada Oyot tetapi kepada orang ramai.

Shafeerah berkata ia adalah satu kesalahan serius di mana Oyot telah mengeksploitasi mangsa.

Mahkamah diberitahu kejadian itu terbongkar apabila seorang pelajar tingkatan empat mengetahui perbualan lucah antara Oyot dan mangsa ketika dia meminjam telefon bimbit Oyot untuk menghubungi ibu bapanya.

Mangsa kemudian dipanggil oleh Ketua Guru Disiplin dan dia mendedahkan bahawa dia telah menghantar dua video bogelnya kepada pengawal keselamatan sekolah yang dikenali sebagai Oyot.

Siasatan lanjut mendapati Oyot telah meminta mangsa merakam videonya secara berbogel dan menghantarnya kepadanya untuk tujuan seksual.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here