Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki paksa teman wanita buat hubungan seks dipenjara
Published on: Wednesday, December 04, 2024
Published on: Wed, Dec 04, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki paksa teman wanita buat hubungan seks dipenjara
Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki Filipina berusia 18 tahun, yang memaksa teman wanitanya di bawah umur untuk melakukan hubungan seks dengannya, dipenjara lapan tahun dan diperintah dikenakan lima kali sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu kepada warga Filipina terbabit yang mengaku terhadap pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Lelaki Filipina itu merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dan enam bulan itu antara jam 10 pagi dan jam 8 malam pada 15 Nov tahun ini di sebuah inap desa di Kg Kilimu, Ranau.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selepas menjalani hukuman penjara, warga Filipina itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Semasa mitigasi, warga Filipina itu merayu hukuman ringan dengan mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tua.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan mengambil kira jenayah itu serius dan berleluasa.

Mahkamah dimaklumkan mangsa memberitahu ibunya bahawa teman lelakinya telah memaksanya untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Advertisement
Susulan laporan polis yang dibuat oleh ibunya pada 17 Nov tahun ini, lelaki Filipina itu ditahan pada keesokannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here