Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki benar empat PTI tinggal di premis didenda RM20,000 
Published on: Friday, December 06, 2024
Published on: Fri, Dec 06, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki benar empat PTI tinggal di premis didenda RM20,000 
Kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PATI terbabit.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 55 tahun didenda RM20,000 kerana membenarkan empat PTI tinggal di premis di bawah kawalannya.

Peady @ Patrick mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, atas pertuduhan terhadapnya.

Advertisement
Peady didenda RM5,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat dan terdapat empat daripada mereka.

Dia didapati membenarkan empat warga Indonesia berumur 26 dan 70 tahun, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal di dua rumah ladang sayur-sayuran di Kg Kimaragang Tambunan pada 24 April tahun ini pada 1.16 pagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan menyatakan Peady adalah orang yang mempunyai akses ke premis itu.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap PATI terbabit.

Advertisement
Semasa mitigasi, Peady meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia mempunyai enam anak dan tiga masih bersekolah dan dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abu Sopian Karate dari Jabatan Imigresen, menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here