Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bunuh kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang – Saksi
Published on: Friday, December 06, 2024
Published on: Fri, Dec 06, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bunuh kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang – Saksi
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
TAWAU: Seorang pelajar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh di bilik asrama 7 Resak, Kolej Vokasional Lahad Datu, bahawa dia ada mencuri wang.

Saksi pendakwaan ke-19 Putra Azdaniel Jhalal Razhiel Jhalal, 19, yang juga pelajar diploma kolej itu berkata dia tidak pasti mangsa mencuri duit siapa, dan beliau pada asalnya pergi ke bilik asrama itu bagi mencari pensil warna untuk menyelesaikan tugasan membuat landskap pada 10 malam, 21 Mac.

Advertisement
“Masuk (7 Resak), saya nampak Ijat (Mohamad Nazmie Aizzat) dan tertuduh kelima berbincang di tengah bilik. Tertuduh kelima menuduh Ijat mencuri duit, kemudian Ijat pergi ke lokarnya dan bawa keluar duit RM50, RM10, RM5 dan tiga keping RM1, lalu menyerahkan kepada tertuduh kelima.

“Ijat mengaku dia yang curi duit, (mangsa berkata) ‘iya, aku ambil’. Kemudian terus tertuduh pertama, keempat serta kelima memukul mangsa,” katanya dalam keterangan saksi pada perbicaraan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seramai 13 pelajar kolej itu berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa secara bersama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac lepas hingga 7.38 pagi, 22 Mac.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif, Putra Azdaniel Jhalal berkata ketika kejadian itu dia berada di tengah manakala ketiga-tiga tertuduh berada di sebelah kirinya dan mangsa di sebelah kanannya.

Putra Azdaniel Jhalal berkata pukulan ketiga-tiga tertuduh kepada mangsa adalah lebih daripada sekali, bagaimanapun saksi tidak dapat memastikan bahagian mana tubuh mangsa yang terkena pukulan tersebut.

Advertisement
Beliau berkata berkata kira-kira sejam kemudian dia ke bilik asrama 5 Belian kerana masih mencari pensil warna dan ketika itu menyaksikan tertuduh ke-12 menumbuk badan mangsa dan tertuduh kedua memijak kepala mangsa yang ketika itu sedang terbaring.

Saksi juga berkata dia mendukung mangsa di belakangnya untuk ke tandas Exco Belian untuk mandi, namun tertuduh kedua tidak membenarkannya masuk ke tandas berkenaan dengan alasan mangsa sedang mandi dan saksi terpaksa menunggu di luar tandas.

“Selepas lima minit, saya papah Ijat masuk ke bilik asrama 7 Belian kerana tidak tahu bilik asramanya. Saya kasihan, dia tiada tenaga, sebab dia berjalan pun macam tidak mampu, selepas itu saya baringkan dia ke tilam,” katanya yang turut memberitahu mangsa sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.

Selain Nur Nisla pendakwaan dikendalikan bersama Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao serta Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi tertuduh diwakili peguam Mohamad Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang, dan Kusni Ambotuwo. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here