BEAUFORT: SK Bangkalalak bakal menjadi penganjur Kejohanan Olahraga Zon Gadong ke-53 pada 2025.
Guru Besar SK Bentuka Osman Pudin berkata pada Rabu, SK Padas Damit yang sebelum ini menjadi pengelola 2024 bersama SK Bentuka menyerahkan bendera kejohanan kepada SK Bangkalalak selaku penganjur kejohanan seterusnya.
Pada MSSZG 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Beaufort, SK Padas Damit muncul juara diikuti SK Lupak dan SK. Bentuka masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Penggiliran pengelola kejohanan telah diputuskan menerusi mesyuarat PGBM Zon Gadong baru-baru ini dan mesyuarat juga turut membincangkan berkaitan pelantikan pengelola untuk sukan seperti bola sepak, bola baling, bola jaring, sepak takraw, memanah dan lain-lain.
Guru Besar SK Padas Damit Faridah Marusin dan Osman merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas sokongan padu menjayakan kejohanan Olahraga MSSZG ke-52.