Kota Kinabalu: Beberapa jalan dan kawasan parkir di bandaraya akan ditutup sementara bagi memeriahkan Sambutan Krismas Kota Kinabalu (KKCC) 2024.
Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), acara itu akan berlangsung dari 8 Dis hingga 13 Dis, menampilkan pelbagai aktiviti.
Pada 8 Dis, tempat letak kereta di Jalan Padang akan ditutup dari jam 1 pagi hingga 7 malam, manakala Jalan Padang akan mengalami penutupan berkala antara jam 4.30 petang dan 7 malam untuk menampung sambutan Fun Run Chrismas 2024.
Dari 10 hingga 13 Dis, tempat letak kereta di beberapa bahagian Jalan Padang dan Tapak Perpustakaan Lama akan ditutup setiap hari dari 1 petang hingga 10 malam.
Selain itu, Jalan Padang, khususnya dari pintu masuk Jalan Istana hingga ke hadapan Masjid Usia, akan ditutup secara berkala dari jam 5 petang hingga 10 malam pada tarikh tersebut.
Jadual KKCC termasuk majlis perasmian pada 10 Dis, Majlis Revival yang menampilkan kereta berhias pada 11 Dis, Konsert Etnik Krismas pada 12 Dis dan majlis penutupan pada 13 Dis.
DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan daripada pegawai penguatkuasa dan menggunakan laluan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aliran trafik.