Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
STACY tampil dengan pertaruhan terbaru, Menyala.
Menurut juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu lagu, lirik Menyala pula lebih kepada mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa beringat dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu hal. “Macam saya sendiri, saya banyak menggunakan peringatan ini ketika membuat persembahan. Untuk mendapatkan keadaan sederhana ketika beraksi bersama penari, saya memerlukan ketenangan dan fokus yang jitu. “Tak kisahlah dalam kehidupan atau apa sahaja perkara, kita perlu ada ketenangan ikut bersama. “Dan kalau pada penyampaian menerusi muzik lagu ini sendiri, dia lebih kepada susunan graf momentum muzik,” tambahnya. Saat ditanya tentang harapan buat karya ini, Stacy hanya mahukan yang terbaik dari peminat dan pendengar. “Semoga lagu ini mendapat tempat di halwa pendengar terutama sekali pengikut dan penyokong muzik saya. “Lagu Menyala berbeza dengan lagu-lagu saya yang ada sebelum ni namun masih tetap atas landasan muzik Stacy. Semoga single ini turut dapat mewarnai industri muzik tempatan,” katanya. Menyala, yang menyaksikan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment, boleh didengari di semua platform digital bermula esok (8 Nov). Muzik video Menyala pula sudah boleh ditonton bermula Khamis.





