Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis siasat dakwaan penyanyi rap wanita dirakam tidak berbaju
Published on: Saturday, December 07, 2024
Published on: Sat, Dec 07, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis siasat dakwaan penyanyi rap wanita dirakam tidak berbaju
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang penyanyi rap wanita tempatan dirakam secara rahsia ketika serbuan oleh Bahagian Operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian itu, masing-masing oleh MBSJ berkaitan serbuan yang ditularkan di media sosial oleh penyanyi tersebut dan laporan oleh penyanyi terbabit mendakwa dirakam ketika dirinya tidak berpakaian semasa diurut. 

Advertisement
Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, pengadu (MBSJ) telah mengarahkan anggota serbuan untuk merakam video dan mengambil gambar untuk membuktikan aktiviti yang berkaitan urutan selain daripada pemeriksaan perniagaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan sah MBSJ dan menyalahi undang-undang di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013," katanya dalam kenyataan hari ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Wan Azlan berkata polis juga menjalankan siasatan kes menghalang penjawat awam berhubung seorang wanita tempatan tidak mengemukakan kad pengenalan diri kepada pasukan serbuan, selain mempertikaikan tindakan dokumentasi yang dijalankan.

"Siasatan awal mendapati wanita terbabit turut melakukan provokasi dan merakam tugas pihak serbuan menggunakan telefon bimbit miliknya. Pengadu kemudian bersama suspek turut membuat pemeriksaan telefon bimbit anggota yang didakwa merakam video sebelum mendapati tiada gambar video atau gambar wanita itu yang dirakam," katanya. 

Advertisement
Beliau berkata pengadu turut menjelaskan telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang kepada wanita berkenaan.

Wan Azlan berkata polis juga sedang menyiasat laporan wanita itu berhubung rakaman rahsia yang didakwa, bersama-sama dengan laporan daripada MBSJ

Advertisement
Beliau berkata siasatan akan dijalankan terhadap laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak di bawah Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja-kerja jawatannya, mengaibkan kehormatan pelanggan serta penularan video penugasan operasi yang dijalankan pihak MBSJ.

Baru-baru ini tular satu video dimuat naik di media sosial oleh seorang penyanyi rap tempatan mendakwa beliau telah dirakam oleh seorang pegawai MBSJ secara rahsia ketika tidak berpakaian semasa menjalani perkhidmatan urutan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here