KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sepuluh tahun ditemukan lemas di sungai Kampung Piasau di sini, pagi Ahad.
Lysbet Tom Jones ditemui pasukan penyelamat dan penduduk kampung pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua pada jam 8.36 pagi tadi kira-kira 600 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit semalam pada jam 2.41 petang, semalam.
Katanya, seramai sepuluh anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, satu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan satu lori.
"Pasukan bomba menjalankan operasi di sekitar sungai berkenaan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan selaman".
'Operasi memasuki hari kedua pada pagi ini menemukan mangsa dengan jarak kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas," katanya dihubungi.