Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah naib juara Sukan BIMP-Eaga
Published on: Sunday, December 08, 2024
Published on: Sun, Dec 08, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah naib juara Sukan BIMP-Eaga
KONTINJEN negeri bergambar bersama pada majlis penutupan.
Kota Kinabalu: Kontinjen Sabah selaku Pasukan Malaysia B muncul naib juara Sukan BIMP-Eaga yang berlangsung di Puerto Princesa City, Palawan, Filipina yang berakhir Khamis lalu.

Mereka gagal mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang dimenangi di Brunei empat tahun lepas selepas mengumpul sejumlah 17 pingat emas, 16 perak dan 19 gangsa untuk menamatkan saingan di belakang Filipina A (Mindanao A) yang memenangi 31 pingat emas, 39 perak dan 22 gangsa untuk mengungguli pungutan pingat.

Advertisement
Sebanyak sembilan pasukan mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan lima hari itu dan di tempat ketiga ialah Indonesia (Indonesia Selatan) dengan 14 emas, lapan perak dan enam gangsa, manakala Labuan selaku Malaysia A menduduki tempat ketujuh dengan dua emas, empat perak dan tiga gangsa. 

Sabah diwakili oleh 67 atlet berusia 16-19 tahun dan mereka menyertai sukan memanah, olahraga, karate, pencak silat, sepak takraw dan renang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin sebelum ini menyeru para atlet untuk memberikan yang terbaik dan cuba mempertahankan kejuaraan keseluruhan.

Beliau juga berkata para atlet harus merebut peluang untuk menimba pendedahan dan pengalaman dengan bertanding di acara antarabangsa.

Advertisement
Sementara itu, pada pertemuan terakhir pada 2018 sebelum temasya dwitahunan itu ditangguhkan akibat pandemik Covid, Sabah mengungguli pungutan pingat dengan 23 pingat emas, 17 perak dan 15 gangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here