SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, mencadangkan penerbitan sebuah buku yang mengangkat kekayaan budaya dan perpaduan Sabah serta Sarawak dengan menampilkan tradisi dan warisan etnik di kedua-dua negeri sebagai contoh keharmonian masyarakat pelbagai kaum.
Hiew berkata, melalui buku itu, ia juga dapat menonjolkan keunikan masyarakat Borneo yang hidup harmoni berlatarbelakangkan pelbagai kaum dan budaya.
“Saya telah mengusulkan tentang idea ini kepada panelis yang berkaitan untuk menerbitkan sebuah buku yang memaparkan bagaimana masyarakat pelbagai bangsa di Sabah dan Sarawak hidup dalam perpaduan.” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Baca Perdana 2024 di Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Sandakan, pada Selasa.
Advertisement





