Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Program belia perkasa peranan komuniti, NGO’
Published on: Monday, December 09, 2024
Published on: Mon, Dec 09, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
‘Program belia perkasa peranan komuniti, NGO’
ELLRON (duduk tengah) diapit oleh Nani (kedua dari kiri) dan Abwaree (kedua dari kanan) bergambar kenangan bersama belia yang hadir pada program itu.
SOOK: Program Jerayawara Sabah Maju Jaya (SMJ) Belia Membangun Bersama Komuniti bertujuan untuk meningkatkan semangat dan mendayaupaya peranan komuniti, NGO dan belia dalam pembangunan modal insan dibawah insiatif hala tuju SMJ.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, selain itu program ini adalah untuk memperhebat lagi peranan belia dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Kemahiran Vokasional (TVET).

Advertisement
Ini katanya, kerana peranan belia bagi memastikan pembangunan modal insan secara holistik amat penting demi masa depan negeri ini.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah juga, kata Ellron, sentiasa memberikan sokongan dan bekerjasama dengan Majlis Belia Sabah (MBS) dalam setiap program kebeliaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Oleh yang demikian, kerjasama utuh seperti ini amat penting bagi memastikan kita mampu menyiapkan pemimpin masa depan yang cemerlang dari sudut akademik mahupun sahsiah diri,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook ketika merasmikan program tersebut di dewan masyarakat Sook di sini, Sabtu.

“Inisiatif sebegini membuktikan bahawa Jawatankuasa Kerja MBS serius dalam membantu Kerajaan Negeri melahirkan belia berkaliber di masa akan datang. Saya berharap agar usaha dapat diperluaskan lagi sehingga ke peringkat akar umbi.

Advertisement
Ellron turut mengucapkan tahniah kepada AADK yang bertungkus lumus dalam memastikan program kebeliaan relevan dalam membantu kerajaan membanteras penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, inovasi program kebeliaan akan membentuk MBS lebih cekal dalam mendepani isu dan cabaran mendatang.

Advertisement
Perubahan ini katanya, akan melahirkan barisan kepimpinan yang berkaliber dan menjadi penanda aras kepada pelapis pemimpin belia pada masa hadapan.

“Perubahan amat penting dalam memastikan kita mampu menghadapi cabaran dalam pembangunan dan pemerkasaan insiatif-inisiatif Sabah Maju Jaya dapat dicapai,” tambahnya.

“Melalui insiatif Hala Tuju SMJ, Kerajaan Negeri amat komited dalam memastikan pembangunan pendidikan Negeri ini terpelihara. Inisiatif ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif demi pembangunan negeri Sabah” katanya.

Semua pihak, katanya, perlu cakna dengan usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan secara holistik melalui inisiatif-inisiatif SMJ seterusnya melonjakkan pencapaian pemimpin belia.

Jelasnya lagi, MBS telah melancarkan satu Program Perintis Muda yang bertujuan untuk mencari bakat dan potensi belia di pelbagai peringkat.

Ellron memberitahu, setakat ini sebanyak 23 rakan kolaborasi dari IPTA/IPTS dan NGO membantu MBS memperhebat program Perintis Muda dan usaha ini masih diteruskan bagi menyampaikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif Hala Tuju SMJ dalam pembangunan modal insan terutamanya dalam aspek pendidikan dan TVET.

“Saya amat menyokong usaha MBS untuk menyiapkan program berimpak tinggi melalui program Jerayawara SMJ: Pemerkasaan Perintis Muda di institusi yang turut mendapat sokongan penuh daripada AADK Negeri Sabah terutamanya di kawasan berisiko tinggi iaitu Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau” kata Ellron.

Pada masa sama beliau berharap agar produk terbaru MBS ini boleh membantu AADK dalam memperkasa program kesukarelaan dalam membantu memperhebat kempen kesedaran awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Di kesempatan ini Ellron juga mengucapkan tahniah kepada MBS dengan Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Atas dan Gabeta dalam menjayakan program Usahawan Agro Tani Perintis Muda BETA dan Program Hidroponik klien PUSPEN Papar seterusnya melahirkan usahawan belia dalam bidang pertanian.

Katanya, belia yang terpilih adalah di kalangan belia yang keciciran dalam bidang pendidikan dan 10 orang belia yang terpilih ini diberikan kemahiran dan latihan mengenai tanaman fertigasi cili dan pemerkasaan TVET di PUSPEN bagi membantu klien AADK menerima latihan dan kemahiran mengenai pertanian Smart Farming.

Tambhanya lagi, pendekatan TVET kepada belia ini bukan sahaja mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia malah mampu menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi belia.

Pada majlis itu Ellron menyampaikan replika cek bantuan Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas) kepada belia yang mendapat bantuan itu.

Hadir sama Pengarah AADK Sabah Nani Sikin, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS Charles Dabbi dan Presiden MBS Abwaree Fawwaz Abekan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here