Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Adik-beradik terima konvo bersama
Published on: Monday, December 09, 2024
Published on: Mon, Dec 09, 2024
Text Size:
Text:
Adik-beradik terima konvo bersama
SITI Nasyitah (kiri) dan Siti Nafi’ah (kanan) antara penerima skrol ijazah pada hari pertama Konvokesyen UMS.
Kota Kinabalu: Pasangan adik-beradik ‘terkejut’ apabila dapat berkongsi pentas konvokesyen sama pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-26, Sidang 1 yang berlangsung pada Sabtu. 

Siti Nasyitah Jaman, 27, graduan Ijazah Sarjana Sains (Matematik degan Grafik Berkomputer) Fakulti Sains dan Sumber Alam dan adiknya, Siti Nafi’ah Jaman, 23, graduan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Makanan dan Bioproses) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan tidak menyangka yang mereka akan bergraduasi bersama.

Advertisement
“Alhamdullilah, tidak disangka yang kami dapat konvo bersama walaupun berbeza pengajian kerana saya sarjana dan dia sarjana muda,” kata Nasyitah, anak nombor lima dari sembilan adik beradik. 

“Ketika saya mengambil ijazah pertama, saya mempunyai masalah peribadi sehinggalah semasa melanjutkan pengajian dalam sarjana ketika zaman Covid-19. Waktu itu, saya belajar sambil bekerja. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Syukurla saya dibantu oleh penyelia akademik saya, Dr. Rozaimi Zakaria yang memberi cadangan untuk saya melakukan pengajian sepenuh masa sarjana walaupun secara dalam talian sahaja. Jadi, cabaran paling besar ketika belajar ialah pengurusan masa saya,” ujarnya yang tidak menceritakan lebih lanjut apa masalah yang dihadapi.

Pasangan adik-beradik itu berhadapan dengan cabaran dalam pembelajaran kerana kedua-duanya berbeza dalam menghadapi proses mencapai segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga

Advertisement
Sementara Nafi’ah berkata, cabaran yang dia hadapi berbeza dengan kakaknya. 

“Cabaran yang saya hadapi pula ialah mencari rakan-rakan sekelas dalam membuat tugasan secara berkumpulan kerana jumlahnya ramai dan orangnya pelbagai jenis ragam. Jadi kita kena pilih kawan yang sesuai dengan kita. 

Advertisement
“Saya juga membuat perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah pada masa akan datang. Namun, kos yang tinggi menyebabkan hala tuju lebih ke arah untuk mencari kerja dan menambah pengalaman,” katanya yang merupakan anak ketujuh dari sembilan beradik.

Tambahnya, dia akan lebih memfokuskan kepada kemahiran kerana sijil-sijil kemahiran lebih penting dan banyak digunakan terutamanya berkaitan dalam bidang yang dipelajarinya iaitu teknologi. 

Dua beradik itu antara 359 graduan yang menerima ijazah pada sesi pagi majlis konvokesyen itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here