Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tourism Malaysia sasar 35.6 juta pelancong asing tahun depan
Published on: Monday, December 09, 2024
Published on: Mon, Dec 09, 2024
Text Size:
Text:
Tourism Malaysia sasar 35.6 juta pelancong asing tahun depan
HARYANTY bersama pengamal media dan wakil Kepkas, STB dan penggiat tempatan pada acara itu.
Kota Kinabalu: Kerjasama erat Tourism Malaysia bersama media amat penting bagi mencapai sasaran ketibaan seramai 35.6 juta pelancong asing tahun depan.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah Haryanty Abu Bakar berkata jangkaan pendapatan pelancongan adalah sebanyak RM147.1 bilion dan 261 juta pelawat domestik dengan sasaran perbelanjaan RM115.2 bilion. 

Advertisement
“Keterlibatan media dalam mempromosikan Malaysia akan melengkapkan lagi program fast conversion dan berimpak tinggi yang direncanakan oleh bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

“Dan melalui kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan termasuk di platform digital selain pelaksanaan misi jualan dan penyertaan di pameran-pameran pelancongan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada acara boling bersama media di Centre Point yang dihadiri 40 pengamal media termasuk wakil Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) serta penggiat industri pelancongan tempatan.

“Bersandarkan potensi dalam segmen ekopelancongan dan pengembaraan, Sabah berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik ketibaan pelancong global yang mencari pengalaman autentik. 

Advertisement
“Setakat September 2024, Malaysia mencatatkan ketibaan 18.4 juta pelancong antarabangsa dengan merekodkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.  

“Penganjuran acara ini dengan sokongan kerjasama strategik daripada syarikat penerbangan MASWings adalah bertujuan menghargai pihak media yang sentiasa memberikan sokongan kepada Tourism Malaysia khususnya dalam mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here