Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Billy dijangka buat perubahan penting
Published on: Tuesday, December 10, 2024
Published on: Tue, Dec 10, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Billy dijangka buat perubahan penting
BILLYTON jadi pengendali sementara Sabah FC II selepas Alto Linus dilantik sebagai jurulatih sementara pasukan senior.
Kota Kinabalu: Jurulatih sementara Sabah FC II Billyton Vun, dijangka melakukan beberapa perubahan penting dalam perlawanan Piala MFL menentang Sri Pahang FC II di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, esok (Rabu) pukul 5 petang.  

Bekas pemain Badak itu berharap untuk mengubah nasib pasukan pada perlawanan pertama di bawah kendaliannya selepas pemergian Alto Linus, yang kini mengambil alih pasukan senior sebagai jurulatih sementara.  

Advertisement
“Akan ada beberapa perubahan dari segi taktikal dalam perlawanan menentang Sri Pahang pada Rabu. Sasaran utama saya adalah untuk menaikkan semangat pemain, dan saya optimis mereka mampu menghasilkan keputusan yang positif.  

“Persiapan kami berjalan dengan baik pada masa ini. Tidak akan ada perubahan dalam program latihan kerana sudah ada perubahan sebelum ini dengan dua jurulatih yang berbeza.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Keserasian pasukan juga menjadi keutamaan saya. Kami perlu memotivasikan pemain dan menanam keyakinan dalam diri mereka. 

“Ini penting kerana sejauh mana mereka mampu maju dalam perlawanan akan datang bergantung kepada kepercayaan mereka sendiri,” katanya.  

Advertisement
Billyton memulakan kerjaya kejurulatihannya pada 2016. Beliau pernah menjadi penolong jurulatih untuk pasukan Piala Belia dan Piala Presiden kepada jurulatih seperti Justin Ganai, Johnny Dominicus, Awang Sabtu, dan baru-baru ini kepada Alto.  

Beliau akan dibantu oleh Razlan Oto sebagai penolong jurulatih, manakala Rozaimi Rohim bertanggungjawab sebagai jurulatih penjaga gol, dan Mohamadin Din sebagai jurulatih kecergasan.  

Advertisement
Sementara itu, Sabah FC II merupakan satu-satunya pasukan dalam liga yang masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam 14 perlawanan sejak musim bermula pada Mei lepas.  

Mereka kini berada di kedudukan tercorot dengan tiga mata selepas seri menentang Kuching City FC, Penang FC, dan Negeri Sembilan FC. Pasukan ini juga mencatat perbezaan gol paling teruk, dengan melepaskan 39 gol dan hanya berjaya menjaringkan 10 gol.   
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here