Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki terkejut ular tedung muncul di reban arnab
Published on: Tuesday, December 10, 2024
Published on: Tue, Dec 10, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki terkejut ular tedung muncul di reban arnab
ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar di Kg Menguwou, Tuaran.
Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila melihat seekor ular tedung selar berada di dalam reban arnab peliharaannya di Kampung Menguwou dekat sini, Ahad lalu.

Pengadu dikenali sebagai Matius, 45, berkata kejadian pada jam 12.50 tengah hari itu disedarinya ketika dia membersihkan ruangan reban arnab yang terletak berhampiran rumah.

Advertisement
“Ketika itu, saya sedang membersihkan ruangan reban dan terkejut melihat pergerakan agresif seekor ular tedung selar di dalamnya.

“Reptilia itu bertindak demikian berkemungkinan terkejut selepas menyedari kehadiran saya, dan saya bergegas menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Jimmy Alberto Tining berkata, selepas menerima aduan jam 12.57 tengah hari, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, skuad APM mendapati ular sepanjang dua meter yang dianggarkan seberat 1 kilogram itu berada di reban milik pengadu dan bertindak menangkap ular terbabit,” katanya, menambah operasi menangkap ular itu mengambil masa 15 minit.

Advertisement
Jimmy berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang manakala reptilia itu dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.

Sementara itu, satu lagi aduan membabitkan ular sawa batik berukuran tiga meter turut diterima di Penempatan Telipok pada hari sama.

Advertisement
Difahamkan, kejadian dilaporkan oleh seorang wanita berusia 25 tahun pada jam 7.44 malam dan sepasukan anggota APM bergerak ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

Reptilia dianggarkan seberat 10 kilogram yang ditemukan di celah longgokan sampah itu berjaya ditangkap sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.24 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here