Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Amang seksual: Tukang kebun kena 4 tahun,  sebatan
Published on: Thursday, December 12, 2024
Published on: Thu, Dec 12, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Amang seksual: Tukang kebun kena 4 tahun,  sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang tukang kebun berusia 21 tahun yang melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan majikannya, dipenjara empat tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Usdien sipin yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya pada Khamis.

Advertisement
Usdien melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dan 10 bulan terbabit dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja itu pada tengah hari 7 Ogos tahun ini di bilik tidur sebuah rumah di Inanam.

Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah turut memerintahkan Usdien menjalani kaunseling semasa menjalani hukuman dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan daripada penjara.

Semasa mitigasi, Usdien merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia berasal dari kawasan pedalaman di Keningau.

Advertisement
Dia juga memberitahu mahkamah bahawa pendidikannya hanya sehingga Darjah Enam.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sofia S. Sawayan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas alasan ia merupakan kesalahan serius.

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa Usdien bekerja di rumah mangsa dan pada hari tersebut, dia memasuki bilik mangsa dan melakukan amang seksual dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit remaja berkenaan.

Remaja itu kemudiannya mendedahkan kejadian terbabit kepada ibunya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya (bapa mangsa).

Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke hospital dan laporan perubatan menyatakan terdapat koyakan lama pada selaput daranya.

Susulan laporan polis, Usdien ditangkap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here