Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki rogol anak tiri dijel 45 tahun, sebatan
Published on: Thursday, December 12, 2024
Published on: Thu, Dec 12, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Lelaki rogol anak tiri dijel 45 tahun, sebatan
Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama 45 tahun dan diperintah dikenakan 30 kali sebatan rotan atas tiga pertuduhan merogol anak tirinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal, menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 31 tahun itu yang mengaku bersalah atas semua pertuduhan dihadapinya. 

Advertisement
Untuk pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu dipenjara 15 tahun dan 10 kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun itu pada Julai tahun ini pukul 4 pagi dan 6 pagi di rumah sebuah ladang, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara untuk pertuduhan pertama dan kedua dijalankan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dipenjara 15 tahun lagi serta 10 kali sebatan rotan kerana merogol remaja sama pada Oktober tahun ini di tempat yang sama.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu berturut-turut dengan hukuman pertuduhan pertama dan kedua.

Lelaki itu perlu menjalani hukuman penjara selama 30 tahun.

Advertisement
Mahkamah diberitahu lelaki terbabit berpura-pura memeriksa adik-beradik mangsa di dalam bilik sebelum merogol remaja perempuan itu.

Ketika kejadian rogol itu, isteri lelaki berkenaan bekerja dan tiada di rumah.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak tampil untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here