Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Banjir kilat landa Long Pasia
Published on: Friday, December 13, 2024
Published on: Fri, Dec 13, 2024
By: Jinius Pandakin, Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Banjir kilat landa Long Pasia
BANJIR di SK Long Pasia.
Long Pasia: Sebanyak 22 rumah di Kampung Long Pasia dilanda banjir kilat pada Khamis ekoran hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak petang Rabu.

Seorang penduduk, Mataga Lait, berkata hujan bermula 4 petang Rabu dan berterusan hingga 1.30 pagi Khamis. 

Advertisement
Air sungai Long Pasia melimpah ke kawasan kampung berikutan kejadian itu. Turut terjejas, kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia dan beberapa kawasan sawah padi.

Keadaan air sungai belum surut ketika berita ini ditulis pada Khamis.

KEADAAN banjir di Kg Long Pasia. – Foto Mataga Lait

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, lebih 80 pelajar dan 20 guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pasia terjejas apabila banjir melanda sekolah mereka.

Seorang penduduk, Jeniffer Opai berkata semua aktiviti sekolah terhalang pada Khamis, namun murid-murid terus menetap di asrama desa tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

Advertisement
“Hujan lebat yang turun dari semalam menyebabkan SK Long Pasia yang berdekatan dengan sungai dinaiki air banjir,” katanya.

Disebabkan itu juga, penduduk terhalang untuk menghadiri sambutan hari kanak-kanak anjuran pihak sekolah.

Advertisement
Jeniffer menambah, selepas banjir surut nanti kawasan sekolah sudah tentu menjadi becak dan ini juga akan menghalang murid serta guru untuk bergerak aktif.

Menurutnya, kira-kira 450 penduduk Long Pasia turut terjejas menyebabkan mereka menaruh kebimbangan betapa seringnya banjir berlaku.

Katanya, Jambatan Kg Meligan juga tidak boleh dilalui sebarang kenderaan kerana dinaiki banjir, menyebabkan murid-murid dari Kg Iburuh terpaksa berjalan kaki menggunakan jambatan gantung.

“Jambatan simen yang dibina puluhan tahun dahulu dinaiki banjir setiap kali hujan lebat dan sudah tiba masanya pihak kerajaan menaiktaraf jambatan tersebut sebagai penghubung utama dari kampung-kampung sepanjang Long Pasia.

“Selagi kerajaan tidak menaiktaraf jambatan tersebut, selagi itulah masalah akan berlarutan,” katanya.

Katanya, Long Pasia merupakan destinasi pelancongan, termasuk pelawat dari Sarawak dan Brunei, yang sering menggunakan inap desa yang disediakan di sini.

“Inap desa merupakan satu sumber ekonomi penduduk Long Pasia selain daripada bertani,” mengulang gesaan untuk jambatan itu dinaiktaraf.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here