Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki rogol anak tiri hingga hamil dipenjara berjumlah 75 tahun
Published on: Saturday, December 14, 2024
Published on: Sat, Dec 14, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki rogol anak tiri hingga hamil dipenjara berjumlah 75 tahun
Kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan.
Kota Kinabalu: Seorang bapa tiri berusia 35 tahun yang berulang kali merogol anak tirinya sehingga hamil, dipenjara berjumlah 75 tahun dan dikenakan 15 kali sebatan rotan.

Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan terhadap enam pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu, sejak dia berusia 13 tahun.

Advertisement
Mangsa kini hamil tujuh bulan.

Lelaki itu merogol remaja terbabit setiap bulan antara Januari dan Jun tahun ini di sebuah rumah di sebuah kampung di Tuaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi tiga pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta dua kali sebatan rotan dan hukuman itu berjalan serentak.

Untuk tiga pertuduhan lain, dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta tiga kali sebatan rotan, yang juga berjalan serentak.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 15 tahun berturut-turut, yang bermaksud dia akan dipenjarakan selama 25 tahun dan bukannya 75 tahun.

Lelaki itu juga diperintahkan supaya diletak di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menamatkan hukuman penjara.

Advertisement
Kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan.

Semasa mitigasi, lelaki yang tidak diwakili itu merayu hukuman ringan dan hukuman penjara dijalankan serentak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa agar hukuman pencegahan dijatuhkan berikutan keseriusan kesalahan itu termasuk trauma yang dialami remaja berkenaan. 

Nurul berkata pelajar sekolah itu baru berusia 14 tahun dan kini hamil sambil menambah, anaknya tidak akan mempunyai bapa untuk menjaganya selepas dia bersalin.

Lelaki itu ditahan pada 29 Nov tahun ini berikutan laporan polis yang dibuat sendiri oleh mangsa.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here