Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
21 warga Thailand didakwa kendali mesin judi
Published on: Saturday, December 14, 2024
Published on: Sat, Dec 14, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
21 warga Thailand didakwa kendali mesin judi
Kesemua mereka tampil di hadapan Majistret Portia Tham Ong Leng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Dua puluh satu warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mengendalikan mesin permainan berkomputer.  

Mereka ialah Apinut Chiaraphan, 27, Orapan Nakluan, 27, Thanapol Bootram, 30, Surangkana Mothong, 29, Kannika Sriboonmee, 23, Nipitakul Khunyotying, 27, Apiwit Chiaraphan, 29, Natthaphon Chooyan, 28, Phatthamon Martphon, 28, Duean Kotchapisit, 30, Pattaraporn Puengngern, 29, Tasaphon Srisuksai, 30, Surachat Hemchuying, 29, Wathinee Sungthong, 28, Apichat Sarasin, 29, Pumisak Pimphan, 31, Passaraporn Yasiti, 29, Suttinun Somtawesin, 30, Panthakan Chaimuangchuen, 26, Sumet Phayungsiriphon, 30, dan Ohm Teekatrakul, 41.  

Advertisement
Kesemua mereka tampil di hadapan Majistret Portia Tham Ong Leng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.  

Pertuduhan terhadap 21 individu terbabit menyatakan bahawa mereka masing-masing dituduh sebagai ‘pengendali mesin judi’ kerana mengendalikan mesin judi berkomputer pada 3 Disember tahun ini, jam 5.09 petang, di sebuah unit di tingkat 7 bangunan Aeropod, di Batu 3.5, Jalan Kepayan Tanjung Aru, di sini.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Inspektor Kelvan Elson Maik yang mengendalikan pendakwaan, ketika memohon tarikh sebutan seterusnya mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.  

Peguam Luke Ressa Balang yang mewakili kesemua 21 individu itu memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan bahawa mereka ditawarkan pekerjaan periklanan dan bukan pekerjaan dalam perjudian, serta pasport mereka masih sah.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 13 Februari tahun depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.  

Syarat jaminan termasuk pasport mereka diimpaun oleh mahkamah dan perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali sehingga kes selesai.  

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melupuskan tayar kereta curi.  

Alex Leon mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan menjual tiga tayar Perodua Kelisa milik Randal Paul.  

Kesalahan itu dilakukan pada 4 Disember tahun ini, jam 9.30 pagi, di Kg Pukakon Inobong, Penampang.  

Pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga tujuh bulan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.  

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Alex memohon hukuman ringan dengan alasan dia masih bujang dan bekerja sendiri.  

Mahkamah memerintahkan Alex menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap.  

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 29 tahun dihukum penjara satu bulan kerana memiliki troli yang dipercayai dicuri.  

Sendery Minjamin mengaku bersalah memiliki troli itu yang man dia gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana dia diperolehnya, pada 30 November, jam 4.20 petang, di sebuah rumah di Jalan Stesen Pertanian, pekan Tuaran.  

Dia didakwa di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.  

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here