PAPAR: Seramai 500 pelajar dari golongan B40 di Parlimen Papar menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Yayasan Jiwa Malaysia (YJM).
Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebanyak RM50,000 diagihkan masing-masing RM100 kepada semua pelajar daripada 40 buah sekolah terlibat.
“Bantuan secara ‘one-off’ yang turut mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) YBJ.
“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa terutamanya dalam kalangan keluarga B40 bagi menyediakan keperluan persekolahan yang akan datang,” katanya selepas merasmikan Bantuan Persekolahan Pelajar B40 Parlimen Papar di Dewan Seri Danau Benoni, di sini, Khamis.
Advertisement





