SANDAKAN: Seoang lelaki warganegara asing berumur 28 tahun maut dibaham buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah Batu 8 Sandakan pada malam Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata kejadian tersebut berlaku pada jam lebih kurang 8.20 malam.
“Hasil siasatan polis mendapati pada masa kejadian, mangsa sedang berjalan ke rumah abangnya melalui jambatan kayu.
“Ketika dalam perjalanan melalui jambatan kayu tersebut , mangsa telah disambar oleh seekor buaya.
“Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan,”katanya dalam kenyataan kepada media.
Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh ahli keluarganya lebih kurang dua meter dari tempat kejadian pada 9.30 malam hari yang sama.