SANDAKAN: Seorang lelaki warganegara Brunei berumur 36 tahun maut dalam acara "Drag Battle" di Litar Sandakan Turf Club Batu 5 Sandakan pada petang Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Sandakan, Supt.Ramasamy A/L Kuppan berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.44 petang tersebut, mangsa memandu kenderaan jenis Honda.
“Hasil siasatan awal polis mendapati pada masa kejadian kenderaan yang dipandu mangsa yang merupakan peserta dalam acara Drag Battle ini, ketika melepasi garisan penamat, telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan.
"Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pihak Bomba," katanya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan, walaubagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam pada jam 5.25 petang di Hospital Duchess of Kent.