Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pelancong China ditemui lemas di Pulau Mabul
Published on: Sunday, December 15, 2024
Published on: Sun, Dec 15, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pelancong China ditemui lemas di Pulau Mabul
MAYAT mangsa ditemui berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang. (Gambar kecil) Bata yang ditemui dalam beg galas mangsa.
SEMPORNA: Mayat seorang pelancong dari China, yang didakwa terjun ke laut, ditemui di perairan Pulau Mabul, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Supt Mohd Sabri Zainol berkata, Ibu Pejabat Polis Semporna menerima maklumat mengenai seorang pelancong China yang hilang, didakwa terjun ke dalam air di Pulau Mabul, pada 11.33 pagi Jumaat.

Advertisement
Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu, Pasukan Polis Marin Semporna dengan bantuan penyelam dari pusat peranginan berhampiran, keluar mencari lelaki yang hilang itu.

“Mayat mangsa ditemui di perairan, pada kedalaman kira-kira 17 meter dari permukaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ketika ditemui, mangsa masih memakai beg galas berwarna kelabu yang mengandungi tiga bata,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohd Sabri, susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement
Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh 48 jam sekiranya tiada waris tampil menuntut mayat mangsa.

Sehubungan itu, polis menggesa mereka yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Ali Amat pada talian 013-2120852, atau Balai Polis Semporna pada talian 089-782020, atau datang ke balai polis berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here