KOTA MARUDU: Istilah “Momogun” sebagai nama kolektif bagi penduduk asli Sabah, tidak mendapat sebarang tentangan di wilayah utara negeri ini, merangkumi Kota Marudu, Kudat, Matunggong, Pitas dan Paitan.
Memberi kenyataan selepas acara Gotong-Royong Perdana di sini, Presiden Pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah (OAS) Stephen Nogiris Sabala (gambar), seorang Rungus, berkata komuniti Rungus, Tobilung, Tambanuo dan Kimaragang sentiasa menganggap “Momogun” sebagai istilah yang tepat untuk komuniti asli Sabah.
“Malah, penduduk Rungus, sejak zaman dahulu lagi telah memanggil diri mereka Momogun atau Momogun Rungus.
“Jadi, promosi nama lama ini oleh Kongres Kebangsaan Momogun (MNC) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, datang kepada kami sebagai sesuatu yang semula jadi dan sangat dialu-alukan,” katanya.
Advertisement





