Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lapan cedera bas terbalik
Published on: Sunday, December 15, 2024
Published on: Sun, Dec 15, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lapan cedera bas terbalik
KEADAAN selepas kejadian itu.
RANAU: Lapan orang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang berhampiran Kg Luanti Baru Ranau.

Advertisement
Katanya, dalam kejadian itu, bas persiaran yang membawa 23 penumpang itu tiba-tiba terbabas dan mengalami kemalangan sendiri.

Menurutnya, mangsa adalah lelaki dan wanita berusia antara 47 hingga 68 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami menerima panggilan kecemasan daripada pengguna jalan lain kira-kira jam 2.14 petang melalui Talian Stesen, dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi Kanan PBK II Becket Gumat bersama sebuah FRT dan sebuah jentera EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai, kami mendapati sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Advertisement
“Terdapat lapan mangsa cedera daripada 23 penumpang bas itu, termasuk pemandu dan pembantu pemandu. Bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa bersama-sama anggota Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambah Ridwan, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan dua ambulans untuk rawatan lanjut. Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang.

Advertisement
Beliau menyeru semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini, terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.

“Orang ramai diminta lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan selain jalan rosak atau kurang dibaik pulih,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here