Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pusat Info Cendawan Moyog sebagai pusat agropelancongan
Published on: Sunday, December 15, 2024
Published on: Sun, Dec 15, 2024
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Pusat Info Cendawan Moyog sebagai pusat agropelancongan
JEFFREY (enam dari kanan) merasmikan Pusat Info Moyog.
PENAMPANG: Pusat Informasi Cendawan Moyog yang baru dilancar minggu lalu akan menjadi pusat sehenti kepada semua kegiatan berkaitan dengan cendawan Shiitake di negeri ini.

Ia juga dijadikan sebagai pusat agropelancongan yang diharap menjadi destinasi pelancongan orang ramai dan juga pusat untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai cendawan.

Advertisement
Pusat yang dibina di Kampung Togudon, terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Donggongon ini, merupakan pusat informasi kedua di belakang pusat yang bersaiz lebih kecil di Kimanis. Ia dikendalikan oleh Korporasi Pembangunan Desa (KPD).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, dengan  keluasan sekitar 28 ekar kawasan itu cukup besar untuk dijadi agropelancongan dan kegiatan pendidikan berkaitan cendawan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here