Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penyertaan Zafrul ke PKR boleh cetus dilema, kata penganalisis
Published on: Sunday, December 15, 2024
Published on: Sun, Dec 15, 2024
By: FMT, Nora Mahpar
Text Size:
Text:
Penyertaan Zafrul ke PKR boleh cetus dilema, kata penganalisis
Tengku Zafrul Aziz dijangka berdepan cabaran menarik sokongan akar umbi parti jika sertai PKR, menurut penganalisis politik Azmi Hassan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Desas-desus penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tengku Zafrul Aziz ke PKR boleh mencetuskan dilema dalam kerajaan perpaduan jika menjadi realiti, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata tindakan seumpama itu pastinya menimbulkan reaksi negatif Barisan Nasional (BN) sekali gus memberi kesan kepada hubungan antara parti komponen kerajaan perpaduan yang terbentuk pasca PRU15.

Advertisement
“Ia boleh cetuskan dilema kerana ahli berpindah ke parti lain dalam kerajaan perpaduan, lainlah kalau Tengku Zafrul sertai PAS,” katanya kepada FMT sambil menjangkakan tidak mudah untuk Tengku Zafrul menonjol dalam PKR kelak.

“Tengku Zafrul walaupun ditatang dengan baik dalam Umno dan diberi jawatan, namun tetap berdepan masalah untuk dapat sokongan akar umbi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau betul sertai PKR pun nasibnya mungkin sama, perlu ada sokongan akar umbi untuk terus menonjol,” katanya.

Namun, Muhamad Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya pula berpendapat Tengku Zafrul boleh mengharungi cabaran dalam PKR jika menyertai parti itu, sama seperti beliau dikekalkan dalam Jemaah Menteri di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan terkini Anwar Ibrahim.

Advertisement
Tengku Zafrul dilantik menteri kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin dan Ismail Sabri manakala kini sebagai menteri pelaburan, perdagangan dan industri.

Menurut Tawfiq, selain difahamkan mempunyai hubungan baik dengan istana, ketua Umno Kota Raja itu juga mempunyai prestasi cemerlang dan tidak terpalit kontroversi.

Advertisement
“PKR dan Selangor perlu menteri besar mempunyai ciri-ciri seperti beliau, apatah lagi Amirudin kini adalah naib presiden yang sepatutnya berkhidmat dalam Kabinet persekutuan,” katanya mengulas khabar angin itu yang dikaitkan perubahan peneraju pentadbiran negeri paling maju terbabit.

Namun, Amirudin malam tadi menegaskan beliau akan kekal di Selangor sehingga akhir penggal demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan seperti dinasihatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Adun Sungai Tua itu duduk di kerusi menteri besar Selangor sejak 2018, menggantikan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali yang dilantik menteri persekutuan di bawah era pentadbiran kedua Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pasca PRU14.

Tawfiq juga menepis kebimbangan penyertaan Tengku Zafrul akan menjejaskan kerjasama kerajaan perpaduan kerana beliau tidak meninggalkan parti dengan sebarang kerosakan atau kontroversi.

“Bagi saya syak wasangka sukar berkembang dalam era kerajaan perpaduan selagi ada Anwar menjadi ketua, beliau sebelum ini telah hapuskan sentimen itu antara Umno dengan DAP sehingga terbentuk pentadbiran stabil,” katanya.

Beliau juga berpendapat kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi semalam, mengingatkan pemimpin parti itu tidak termakan tawaran bersifat kepentingan individu, seolah-olah menguatkan spekulasi berkait Tengku Zafrul ke PKR.

“Bagi saya bukan soal tawaran tetapi kelangsungan politik lebih penting kepada Tengku Zafrul, kedudukan senator beliau juga akan tamat tahun 2025 dan beliau tidak boleh tunggu pilihan raya yang lama lagi untuk terus kekal relevan,” kata Tawfiq.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here