Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pengendali kekal optimis peluang Harimau Malaysia layak separuh akhir
Published on: Sunday, December 15, 2024
Published on: Sun, Dec 15, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pengendali kekal optimis peluang Harimau Malaysia layak separuh akhir
Free Malaysia Today Malaysia yang beraksi baik menentang Thailand dihukum kesilapan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli dalam aksi malam tadi. (Gambar Facebook FAM)
BANGKOK: Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia Pau Marti Vicente kekal optimis bahawa pasukannya mampu mara ke pusingan separuh akhir pada kempen Piala ASEAN 2024 walaupun tewas tipis 0-1 kepada Thailand malam tadi.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali memandangkan mereka beraksi di tempat lawan menentang juara bertahan kejohanan itu.

Advertisement
“Kami tidak layak menerima keputusan malam ini, tetapi inilah bola sepak. Kami bertahan dan menyerang dengan baik, namun satu kesilapan penjaga gol telah dihukum oleh pihak lawan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Rajamangala di sini.

Beliau menegaskan kesilapan adalah sebahagian daripada permainan, terutamanya dalam perlawanan berintensiti tinggi dan enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli atas kesilapan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita semua manusia dan kesilapan boleh berlaku. Malangnya, kesilapan penjaga gol selalunya menghasilkan kepada gol, sedangkan kesilapan di posisi lain mungkin tidak dihukum. Kita perlu memberi sokongan kepada Haziq agar dia tidak terus memikirkan kesilapan ini dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Melihat ke hadapan, Vicente berkata pasukannya masih mempunyai peluang untuk layak ke separuh akhir sekiranya mereka memberikan persembahan cemerlang dan menewaskan Singapura pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Dis ini.

Advertisement
Thailand hanya perlu berterima kasih kepada Haziq yang ‘membantu’ Patrik Gustavsson menyumbat gol kemenangan pada minit ke-57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dengan selamat.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand Masatada Ishii meluahkan kepuasan dengan kemenangan sukar yang diraih pasukannya.

Advertisement
“Dari segi taktikal, kami tidak bermain sebaik yang sepatutnya, terutama di bahagian serangan. Saya harap pemain akan memperbaiki permainan dalam perlawanan seterusnya,” kata Masatada.

Pemain Suphanat Mueanta dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan selepas membantu mencipta gol tunggal tersebut.

Keputusan itu membantu Thailand melonjak selaku pendahulu Kumpulan A, terikat enam mata bersama Singapura, yang menewaskan Timor Leste 3-0, tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan manakala Malaysia di tangga ketiga dengan empat mata.

Hanya juara dan naib juara kumpulan mara ke ke pentas separuh akhir.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here