Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Peserta Brunei maut dalam acara permotoran  di Sandakan
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Peserta Brunei maut dalam acara permotoran  di Sandakan
KEADAAN kenderaan yang dipandu mangsa pada pertandingan itu.
SANDAKAN: Seorang lelaki warganegara Brunei berumur 36 tahun maut dalam acara Drag Battle di Litar Sandakan Turf Club, Batu 5 pada petang Sabtu. 

Peserta sukan permotoran, dikenali sebagai Abang Adib Abang Alib, mengalami kecederaan parah dan segera dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent.  

Advertisement
Dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya jam 5.20 petang.  

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Supt Ramasamy Kuppan, berkata mangsa memandu sebuah kenderaan Honda apabila hilang kawalan sekitar jam 4.44 petang.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sewaktu melepasi garisan penamat, kenderaan mangsa tiba-tiba terbabas ke kiri trek perlumbaan,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan di sini, Ahad.  

Mangsa dibawa keluar dari kenderaan oleh pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.   

Advertisement
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang warga asing berumur 28 tahun maut dibaham buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah Batu 8, di sini, Jumaat. 

Ramasamy berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam.

Advertisement
“Hasil siasatan polis mendapati pada masa kejadian, mangsa sedang berjalan ke rumah abangnya melalui jambatan kayu. 

“Ketika dalam perjalanan, mangsa disambar oleh seekor buaya. Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan,” katanya dalam kenyataan.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemui oleh ahli keluarganya lebih kurang dua meter dari tempat kejadian pukul 9.30 malam hari sama, dengan kesan gigitan buaya di beberapa bahagian badan,” katanya.

Tambahya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat dan kes dikasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here