Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
GRS nyata hasrat terus kerjasama dengan Pakatan Harapan
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
GRS nyata hasrat terus kerjasama dengan Pakatan Harapan
Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat mengingatkan semua ahli partinya untuk terus merapatkan barisan perpaduan dan fokus bekerja bagi persiapan menghadapi PRN akan datang. - Foto: Gagasan Rakyat.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan antara parti terutamanya parti yang menerajui kerajaan Sabah, sekali gus meneruskan usaha membela rakyat yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Advertisement
Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengenai kedudukan dan peluang GRS pada PRN Sabah akan datang.

“Yang lain itu (parti lain) kita tengok, kalau fikiran mereka bagus kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi Ketua Menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan. Itu sebab tubuhkan GRS disertai lapan komponen parti, walaupun di dalamnya terdapat parti yang kecil, tidak menang dalam PRN lepas, tetapi niat saya baik untuk kita satu hati.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Cukuplah dengan pelajaran kita di masa-masa yang lalu. Misi saya sekarang mahu baik dengan orang, kita kumpulkan presiden-presiden parti yang ada dan bukan senang mengurus ini, memang penat tetapi insya-Allah mereka juga sudah menyatakan komitmen dengan GRS,” katanya dalam kenyataan, Ahad.

Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Advertisement
Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat mengingatkan semua ahli partinya untuk terus merapatkan barisan perpaduan dan fokus bekerja bagi persiapan menghadapi PRN akan datang.

“Bulan Oktober (tahun depan) adalah bulan berakhirnya tempoh kerajaan ini. Ini bermakna kita boleh bubar Dewan Undangan Negeri sebelum itu ataupun pada waktu itu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here