Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Disember
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Disember
Muhyiddin memfailkan permohonan untuk menangguhkan pembayaran jumlah penghakiman itu atas alasan jumlah RM1.4 juta adalah besar dan beliau memerlukan masa mengumpul jumlah itu serta bersedia mendeposit 50 peratus jumlah penghakiman dalam akaun simpanan tetap yang akan dipegang peguam Lim sebagai pihak berkepentingan, sementara menunggu pendengaran dan pelupusan rayuan beliau di Mahkamah Rayuan.
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kes saman fitnah, pada atau sebelum 31 Dis ini.

Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Lim berkata Hakim Roz Mawar Rozain turut mengarahkan Muhyiddin membayar baki RM1.02 juta sebelum atau pada 27 Jan tahun depan.

Advertisement
“Mahkamah memberikan penangguhan bersyarat terhadap Muhyiddin dengan kos RM5,000 dan memerintahkan beliau membayar RM400,000 pada 31 Dis ini serta baki RM1.02 juta pada 27 Jan 2025,“ kata peguam itu kepada pemberita selepas prosiding dalam kamar hakim.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin turut mengesahkan perkara itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 9 Dis lepas, Lim memfailkan notis kebankrapan terhadap Muhyiddin kerana gagal membayar jumlah penghakiman RM1.402 juta (termasuk kos RM50,000 dan alokatur RM2,000) yang diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 8 Nov lepas.

Muhyiddin memfailkan permohonan untuk menangguhkan pembayaran jumlah penghakiman itu atas alasan jumlah RM1.4 juta adalah besar dan beliau memerlukan masa mengumpul jumlah itu serta bersedia mendeposit 50 peratus jumlah penghakiman dalam akaun simpanan tetap yang akan dipegang peguam Lim sebagai pihak berkepentingan, sementara menunggu pendengaran dan pelupusan rayuan beliau di Mahkamah Rayuan.

Advertisement
Pada 8 Nov lepas, mahkamah memerintahkan Muhyiddin membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kepada Lim kerana memfitnah Ahli Parlimen Bagan itu berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Ia susulan Roz Mawar membenarkan saman Lim setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya. Mahkamah turut memerintahkan Muhyiddin membayar kos RM50,000 kepada Lim.

Advertisement
Lim pada 27 Mac 2023, memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkan beliau berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.

Pengerusi DAP itu turut mendakwa kenyataan fitnah terbabit juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasa beliau dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti terhadap yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here