Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Perlu kerjasama berterusan tingkat daya tarikan pelancongan Sabah
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Perlu kerjasama berterusan tingkat daya tarikan pelancongan Sabah
POON bersama penggiat industri ketika acara tersebut.
SANDAKAN: Kerjasama berterusan antara sektor awam dan swasta adalah penting untuk meningkatkan daya tarikan pelancongan Sabah, khususnya di Sandakan.

Adun Tanjung Papat Datuk Frankie Poon, menyeru semua penggiat industri untuk terus komited dalam mempamerkan tarikan unik Sandakan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

Advertisement
Beliau menyatakan bahawa usaha ini seterusnya akan menyokong cita-cita Sabah untuk menjadi destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini.

Poon berkata demikian selepas menghadiri acara “Appreciation Engagement Cocktail with the Sandakan Tourism Industry Players 2024”, anjuran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sebuah hotel di sini, Khamis lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Acara itu bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih kepada pemain industri pelancongan Sandakan atas kerjasama erat, kemesraan dan hubungan kerja yang kukuh sepanjang 2024.

Poon turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pelancongan di Sandakan.

Advertisement
Majlis itu dimeriahkan lagi dengan sesi jaringan dalam kalangan pemain industri pelancongan, memberi peluang untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai masa depan industri pelancongan Sandakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here