Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Usaha kerajaan tingkat kualiti Tabika Perpaduan
Published on: Monday, December 16, 2024
Published on: Mon, Dec 16, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Usaha kerajaan tingkat kualiti Tabika Perpaduan
MARIA bergambar bersama guru-guru Tabika Perpaduan semasa majlis itu.
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata pelbagai pendekatan dan program telah dilaksanakan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti Tabika Perpaduan secara inklusif.

Pada 24 Julai 2021, katanya, Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021 – 2030 di mana matlamat pelan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan peranan institusi ini sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam membangunkan berpotensi dan melahirkan anak-anak yang mempunyai semangat patriotisme serta mengamalkan nilai-nilai murni.

Advertisement
“Melatih kanak-kanak mesti dimulakan seawal usia kerana pada usia awal kanak-kanak ini lebih mudah dibentuk. Tabika Perpaduan merupakan tempat di mana kanak-kanak mendapat pendidikan seawal usia.

“Menyedari hakikat ini, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran bagi mempercepatkan lagi perkembangan kanak-kanak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelaksanaan aktiviti di tadika seperti tarian, nyanyian, ciptaan, wayang kulit, syair dan sajak, lagu aksi, taridra dan pelbagai lagi amat sesuai untuk perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, program ini memastikan perkembangan holistik kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, aktiviti, disiplin dan inovasi.

Advertisement
Apa yang pasti, katanya, program yang dirancang ini mestilah berteraskan unsur perpaduan, patriotisme dan nilai murni.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu 2024 yang diadakan di sini pada Sabtu.

Advertisement
Beliau diwakili Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong.

Pelaksanaan majlis konvokesyen itu, katanya, adalah antara menghargai usaha dan bakat yang ditunjukkan anak-anak pada tahun ini.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidik Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu. Tanggungjawab menjaga anak bukanlah suatu yang mudah.

“Tahniah atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Program ini pastinya akan sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja sama ada anak-anak, ibu bapa mahupun warga jabatan untuk terus maju ke hadapan.

“Pastinya sepanjang tahun lalu, kanak-kanak telah menunjukkan potensi masing-masing. Mungkin dalam tempoh itu, ada kanak-kanak yang menonjol dalam pembelajaran dan ada yang lebih menyerlah dari segi bakat seni atau bakat sukan.

“Perkara ini perlu dihargai. Sebab itu, sepanjang majlis hari ini, pelbagai anugerah diberikan kepada kanak-kanak. Walaupun nampak kecil, bagi kanak-kanak ia cukup bermakna,” katanya.

Tambahnya, ini sudah tentu memberikan mereka semangat yang berterusan untuk melangkah ke alam pembelajaran seterusnya, selain memberi keyakinan dan semangat kepada anak-anak untuk melangkah ke alam sekolah rendah.

Tambahnya, tanggungjawab terhadap perkembangan anak-anak adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama kerana ibu bapa adalah cerminan sebenar anak-anak.

Beliau berkata, banyak perkara yang dilakukan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak, justeru dorongan ibu bapa amat penting bagi membolehkan anak-anak sentiasa bersemangat untuk ke tadika dan seterusnya berjaya pada masa hadapan.

“Saya juga ingin mengingatkan ibu bapa agar sentiasa aktif dalam aktiviti tadika. Penglibatan dalam jawatankuasa penyelarasan tadika amat diperlukan bagi mewujudkan hubungan yang erat antara tadika dan ibu bapa.

“Aktiviti seperti perjumpaan, gotong-royong, aktiviti melawat dan sebagainya merupakan program yang memerlukan penglibatan ibu bapa. Sekurang-kurangnya ibu bapa juga boleh membantu memantau perkembangan anak-anak.

“Kerjasama erat antara ibu bapa dan institusi tadika dapat menjamin masa depan yang baik untuk anak-anak,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here