Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Paparian Hornet juara kejohanan Hoki Putatan
Published on: Tuesday, December 17, 2024
Published on: Tue, Dec 17, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Paparian Hornet juara kejohanan Hoki Putatan
SHAHELMEY bergambar bersama tiga pasukan teratas.
Kota Kinabalu: Paparian Hornet dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Hoki Lelaki 9-Sebelah Putatan pada Ahad.  

Mereka menewaskan SIDS Connection dari Kuala Lumpur 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Likas, dan Muhd Salman Sudirman dari Paparian Hornet turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.  

Advertisement
Muhd Hafiz Zainol dari SIDS Connection merangkul anugerah pemain terbaik kejohanan, manakala gol terbaik dijaringkan oleh Mohd Azwanizansah Mohd Khusahiree dari Paparian 9s. Anugerah fairplay pula diberikan kepada Rhinoceros HT.  

Sementara itu, tempat ketiga jatuh kepada UMS yang menewaskan Sandakan 4-3 di playoff.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki Daerah Putatan itu.  

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here