Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Dua kelindan lori cedera kemalangan lima kenderaan di Keningau
Published on: Tuesday, December 17, 2024
Published on: Tue, Dec 17, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Dua kelindan lori cedera kemalangan lima kenderaan di Keningau
Kemalangan melibatkan sebuah lori 6 tan jenis Nissan, sebuah Toyota Fortuner, sebuah Toyota Avanza, sebuah Toyota Hilux dan sebuah lori trailler. (Gambar PDRM)
KENINGAU: Dua orang Kelindan lori cedera dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan yang berlaku di kilo meter 11 jalan Keningau - Kimanis lebih kurang jam 12.50 tengah hari tadi (Selasa).

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai yang mengesahkan kejadian berkata, kemalangan itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu sebuah lori 6 Tan jenis Nissan, sebuah Toyota Fortuner, sebuah Toyota Avanza, sebuah Toyota Hilux dan sebuah lori trailler.

Advertisement
Katanya, siasatan di tempat kemalangan mendapati lori 6 tan dipandu dari arah Papar menghala ke Keningau melalui Jalan Kimanis, apabila sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan (masalah brek) semasa menuruni bukit lalu melanggar belakang sebuah Toyota Fortuner, dan mendorong Fortuner ke arah hadapan menyebabkan pelanggaran dengan bahagian belakang kenderaan ketiga, keempat dan kelima dari arah yang sama.

"Pemandu pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut. manakala dua org penumpang kenderaan pertama (lori 6 tan tersepit dalam lori dan telah dikeluarkan oleh Pihak Bomba dan kedua-duanya telah dibawa ke hospital Keningau menggunakan kenderaan ambulan untuk rawatan lanjut" jelas Yampil.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Keywords:
Kemalangan Sabah
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here