Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lelaki melecur teruk kebakaran di Kolombong
Published on: Wednesday, December 18, 2024
Published on: Wed, Dec 18, 2024
Text Size:
Text:
Lelaki melecur teruk kebakaran di Kolombong
MANGSA ketika dibawa ambulans.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 54 tahun mengalami melecur teruk dalam kebakaran rumah di Taman Nelly, Kolombong, tengah malam Selasa.  

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan Woo Chee Ke melecur sehingga 80 peratus pada tubuhnya dan kini sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth 2.  

Advertisement
Ketua Balai Bomba Lintas, Agustavia Joe Guasi, ketika dihubungi berkata kebakaran dipercayai bermula dari kawasan dapur flat berkenaan, manakala jiran dan pengawal keselamatan mengatakan mangsa tinggal bersendirian.  

Menurut laporan Pusat Operasi JBPM Sabah, rumah berkeluasan 20x30 kaki persegi itu terbakar sehingga 20 peratus.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelas anggota dikerahkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima jam 12.49 tengah malam melalui talian MERS999.  

Pasukan tiba dalam tempoh empat minit dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa sembilan minit menggunakan sumber air dari jentera bomba.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here