Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Enam lelaki Filipina ditahan cuba seludup keluar petrol
Published on: Wednesday, December 18, 2024
Published on: Wed, Dec 18, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Enam lelaki Filipina ditahan cuba seludup keluar petrol
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961
SEMPORNA: Pasukan Petugas Khas 2 (MK ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan enam lelaki warga Filipina menyeludup keluar 10,375 liter petrol melalui perairan berhampiran Pulau Bum Bum di sini pada Sabtu.  

Komander MK ATB 2 Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin, berkata suspek yang menaiki dua bot dikesan bertindak mencurigakan oleh Pasukan Tindak Reaksi Pantas (QRF) daripada Rejimen Ke-11 Pasukan Khas jam 8.50 malam.  

Advertisement
Katanya, pemeriksaan awal terhadap bot terbabit mendapati enam kru, berusia antara 20 hingga 40 tahun, tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.  

“Pemeriksaan lanjut menemukan 10,375 liter petrol yang disimpan dalam 415 bekas plastik, masing-masing berkapasiti 25 liter, serta satu unit tong gas petroleum cecair (LPG).  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua barangan kawalan ini dipercayai untuk tujuan penyeludupan bagi dijual di negara jiran,” katanya.  

Wan Edenin menambah nilai keseluruhan barangan yang dirampas, termasuk bot dengan empat enjin sangkut, dianggarkan berjumlah RM79,268.75.  

Advertisement
“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Jeti Kem Azumi sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Semporna untuk tindakan lanjut.  

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambahnya.   
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here