Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua cedera nahas babit 6 kenderaan
Published on: Wednesday, December 18, 2024
Published on: Wed, Dec 18, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Dua cedera nahas babit 6 kenderaan
KEADAAN salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.
KENINGAU: Satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM11 Jalan Keningau – Kimanis pada Selasa mengakibatkan dua pembantu lori mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Garai, berkata kemalangan pukul 12.50 tengah hari itu membabitkan sebuah lori Nissan enam tan, Toyota Fortuner, Toyota Avanza, Toyota Hilux, dan sebuah treler.  

Advertisement
Hasil siasatan awal mendapati lori enam tan itu dalam perjalanan dari Papar ke Keningau apabila mengalami kegagalan brek semasa menuruni bukit.  

Lori itu melanggar bahagian belakang Toyota Fortuner, menyebabkan kenderaan itu terdorong ke depan dan mencetuskan perlanggaran berturut-turut dengan kenderaan lain di lorong yang sama.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Walaupun pemandu kesemua enam kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, pembantu lori terperangkap dalam lori akibat impak perlanggaran.  

Jabatan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lori terbabit. 

Advertisement
Mereka kemudian dihantar ke Hospital Keningau dengan ambulans.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here