Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bunuh wanita demi wang tengok aksi Harimau Malaya di Phnom Penh
Published on: Wednesday, December 18, 2024
Published on: Wed, Dec 18, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
Bunuh wanita demi wang tengok aksi Harimau Malaya di Phnom Penh
Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata berkata suspek mengaku membunuh wanita yang mayatnya ditemukan di Tabuan Jaya, Kuching. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Suspek berkait kes wanita yang mayatnya ditemukan mereput mengakui membunuh mangsa kerana memerlukan wang untuk ke Phnom Penh bagi menyaksikan perlawanan Malaysia-Kemboja dalam saingan Piala Asean.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata, berkata suspek yang sedang direman mengaku mengambil barang kemas mangsa, gelang tangan, dan anting-anting emas untuk digadai.

Advertisement
“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan ketika menyaksikan kejohanan bola sepak Kemboja,” katanya kepada Berita Harian.

“Selepas polis berjaya menahannya dan melakukan siasatan, suspek membuat pengakuan memang dia yang membunuh mangsa dan berdasarkan bukti diperoleh, polis percaya kes itu hampir selesai.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada Ahad, satu mayat mereput ditemukan di Tabuan Jaya, Kuching, susulan laporan kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 25, pada 5 Dis. Dilaporkan, mangsa keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenali.

Mancha berkata, berikutan keadaan mayat yang sudah reput, keluarga wanita itu juga tidak dapat mengecamnya.

Advertisement
Justeru, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diperoleh 22 Dis untuk mengesahkan identiti mayat reput itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here