Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Projek jalan Sook sepanjang 22.8km dimulakan
Published on: Thursday, December 19, 2024
Published on: Thu, Dec 19, 2024
By: Johan Aziz
Text Size:
Text:
Projek jalan Sook sepanjang 22.8km dimulakan
ARTHUR (menaiki Hitachi) bersama pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Daerah Kecil Sook.
SOOK: Penaiktarafan projek jalan raya Rancangan Belia Tiulon (RBT) ke Kampung Simbuan sepanjang 22.85km sejak akhir September lalu adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar khususnya di Sook.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata projek ini merupakan salah satu pembangunan di daerah itu yang telah direalisasikan walaupun berdepan beberapa halangan.

Advertisement
Beliau berkata kejayaan projek ini adalah hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Kecil Sook, Jabatan Kerja Raya Keningau dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ia juga atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi projek itu mendapat kelulusan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Projek ini termasuk pembinaan tiga jambatan konkrit baharu selain menaik taraf sistem perparitan untuk mengalirkan air larian permukaan yang sering menyebabkan banjir di sepanjang laluan ini,” katanya semasa lawatan kerja rasmi ke projek itu.

Menurutnya, projek itu akan mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap pada suku keempat 2027. Kira-kira 3,000 penduduk dari 15 kampung dan kawasan sekitar akan mendapat manfaat.

Advertisement
“Pembinaan projek ini, akan menjimatkan masa dan kos perjalanan, selain mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Projek ini juga memberi manfaat kepada penduduk sekitar untuk mengangkut hasil tanaman dan menyediakan kemudahan perjalanan untuk penduduk kampung,” katanya.

Advertisement
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyatakan kawasan Rancangan Belia Tiulon (RBT) semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan agenda pembangunan yang dirancang.

Beliau berkata pada tahun ini sahaja, empat projek pembangunan telah dilancarkan – pembinaan bangunan sekolah baharu SK Rancangan Belia Tiulon, menara telekomunikasi RBT yang telah siap dan kini menyediakan perkhidmatan telefon dan internet yang stabil.

Beliau berkata projek baharu Tamu RBT kini dalam pembinaan dan projek menaik taraf jalan RBT ke Kampung Simbuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here