Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Dr Maria Suleiman pengarah kesihatan Sabah baharu
Published on: Saturday, December 21, 2024
Published on: Sat, Dec 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dr Maria Suleiman pengarah kesihatan Sabah baharu
Dr Maria yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam), menggantikan Datuk Dr Asits Sanna yang bersara wajib pada 4 Dis lepas.
Kota Kinabalu: Pakar epidemiologi Dr Maria Suleiman yang berpengalaman luas dalam krisis kesihatan antaranya usaha mengekang pandemik Covid-19 dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa Jumaat.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Dr Maria pernah mengetuai Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) semasa negara dilanda pandemik Covid-19 bagi menyelia pengurusan data penting, protokol kuarantin, bantuan kemanusiaan, dan komunikasi risiko.

Advertisement
Anak jadi Sabah berasal dari Penampang itu juga antara ‘hero’ yang membantu negara ketika pencerobohan Lahad Datu 2013, gempa bumi Gunung Kinabalu 2015 dan kontaminasi kimia Sungai Kim-Kim tahun 2019 serta operasi Hospital Lapangan di Cox’s Bazar.

Dr Maria yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam), menggantikan Datuk Dr Asits Sanna yang bersara wajib pada 4 Dis lepas, menurut kenyataan itu di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di Kementerian Kesihatan menerima Ijazah Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1990, dan Ijazah Sarjana dalam Kesihatan Komuniti juga dari UKM pada 1996.

Dr Maria menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada 17 Dis lepas.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here