Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lagi 180 PTI Filipina dihantar pulang
Published on: Saturday, December 21, 2024
Published on: Sat, Dec 21, 2024
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lagi 180 PTI Filipina dihantar pulang
SEBAHAGIAN daripada PTI dihantar pulang.
LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 180 lagi pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, Jumaat.

Pengarah Imigresen negeri Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, penghantaran pulang itu melibatkan tahanan di Depoh Imigresen Sandakan dan Tawau.

Advertisement
Beliau berkata mereka yang dihantar pulang terdiri daripada 64 lelaki, 67 wanita dan 49 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan dan 67 tahun. Kanak-kanak itu ditemani ibu bapa atau penjaga mereka yang sah.

“Mereka dihantar pulang ke Jeti Bongao, Filipina dengan menaiki feri MV Ming Hai Express dalam program pembiayaan sendiri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua yang dihantar pulang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negeri ini tanpa permit atau pas yang sah, serta tinggal lebih masa,” katanya.

Beliau berkata jabatan itu sehingga kini telah menghantar pulang 5,993 warga Filipina dan sejumlah 8,650 warga asing tanpa izin ke negara asal mereka.

Advertisement
Kesemua PTI tersebut akan disenaraihitamkan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

“Pelaksanaan program penghantaran pulang pendatang tanpa izin oleh Jabatan Imigresen Sabah tertakluk kepada pengeluaran dokumen perjalanan dari Kedutaan Filipina di Malaysia,” katanya.

Advertisement
Sh Sitti Saleha berkata jabatan itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga asing yang didapati menyalahgunakan undang-undang dan peraturan negara.

“Kami akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negara kita,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here