Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan libat 14 barang sempena Krismas mulai Isnin ini
Published on: Saturday, December 21, 2024
Published on: Sat, Dec 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan libat 14 barang sempena Krismas mulai Isnin ini
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali - gambar Bernama
Kuala Lumpur: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas minggu depan melibatkan 14 jenis barangan di seluruh negara, akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan selama lima hari itu dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Advertisement
“Barang yang terlibat adalah barangan keperluan utama semasa Krismas iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup melibatkan Sarawak sahaja, kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah dan tomato. 

“Selain itu melibatkan cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup di peringkat ladang sahaja, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman SHMMP Sempena Krismas 2024 dan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di UTC Sentul, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Armizan berkata usaha itu bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga terkawal dan mengelak berlaku kenaikan mendadak.

Advertisement
Beliau berkata barangan tersebut akan dilabelkan dengan tanda harga berwarna merah jambu untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barangan di bawah SHMMP serta boleh disemak menerusi laman web KPDN www.kpdn.gov.my. Bernama

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here