SANDAKAN: Seramai 11 prospek di Penjara Sandakan dipilih sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Krismas 2024 dan Tahun Baru 2025.
Pengerusi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Daerah Sandakan, Datuk Chew Kok Woh menyerahkan sijil kelulusan dalam satu majlis pada Khamis.
Chew berharap masyarakat boleh menerima dan memberi peluang kedua kepada prospek-prospek ini untuk berkerja tanpa mengira sejarah latar belakang mereka.
“Walaupun mereka pernah melakukan kesalahan, namun prospek ini menunjukkan keinsafan dan tingkah laku yang baik sepanjang menjalani hukuman.
Advertisement





